Cara membuat Sos Black Pepper Viral dan Perapan Daging Kambing paling mengasyikkan!

Resepi Sos Black Pepper Viral. Pernah nampak gambar sos viral ni? Pemilik resepi ini pun tak sangka merata-rata perginya resepi sos blackpepper yang pernah dikongsikannya dulu. Jadi kami kongsikan lagi sekali dalam ayat lebih ringkas.

Kawan yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak. Terima kasih Puan Afy AL Habibi untuk resepi ini.

Silakan, ini resepi lengkapnya.

  1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.
  2. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap). Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
  4. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese. (Optional) Kalau ada lagi sedap.
  5. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin*.
  6. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
  7. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Baca juga :  Resepi bihun goreng kampung yang ringkas dan enak sangat rasanya. Wajib cuba tau!

Bahan perapan ringkas untuk daging kambing (3 keping).

  • 1 senduk sos lada hitam.
  • 3 sudu kicap lemak manis.
  • 3 sudu sos tiram.
  • 1 sudu besar mixed herbs. * anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa.

Cara untuk membuatnya.

  1. Panaskan sedikit Planta. Grill daging sehingga half cook.
  2. Selepas itu, layurkan seketika daging atas api gas untuk menghasilkan bau yang sedap.
  3. Sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper mabeless.
  4. Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.
Baca juga :  Mudahnya untuk membuat Putu Mayam. Resepi ni pasti hasilnya akan membuatkan anda puas hati!

3 thoughts on “Cara membuat Sos Black Pepper Viral dan Perapan Daging Kambing paling mengasyikkan!

  1. Maaf tanya mix herbs tu apa dia ye bahan²nya…. Banyak mane yee kita nak letakkan dalam bancuhan sos black pepper tu….. T. Kseh.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.